Dec 30, 2010

KAMILAH JUARA


Semalam merupakan hari yang sangat gembira bagi peminat-peminat sukan bola sepak di Malaysia...Bukanlah Manchester United telah memenangi Liga Perdana Inggeris ataupun Liverpool telah pun mendapatkan khidmat pengurus yang baru.. Bukan juga Inter atau Sepanyol telah berjaya memenangi Kejuaraan antara planet (memandangkan Inter telah memenangi Kejuaraan Kelab Dunia dan Sepanyol adalah Juara Dunia...)... Ya, kebanyakan peminat bola di Malaysia lebih cenderung kepada liga di Eropah..Liga Perdana Inggeris, Liga Sepanyol, Serie A... Liga Slovakia(ni selepas Harimau Muda join liga ni la..).. Apa yang membuatkan peminat bola di Malaysia dan juga rakyat Malaysia begitu gembira kerana pasukan bola sepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya telah memenangi Piala AFF Suzuki (piala kejuaraan antara negara Asean yang di taja oleh Suzuki..).. Perlawanan Akhir yang telah dijalankan secara timbal balik telah dimenangi oleh pasukan Malaysia pada pusingan pertama di Stadium Bukit Jalil dengan jaringan 3-0. Pada perlawan kedua di Gelora Bung Karno, pasukan Indonesia pula memenangi perlawan tersebut dengan jaringan 2-1 namun kiraan aggregate memihak kepada pasukan Malaysia dengan jaringan 4-2.
Pasukan Malaysia tidaklah diberi harapan yang begitu tinggi pada awal kejuaraan ini..Kalah 5-1 pada perlawanan pertama dengan pasukan Indonesia di GBK. Mula bangkit pada perlwanan berikutnya..seri 0-0 dengan Thailand dan menewaskan Laos 5-1 dan ini melayakkan pasukan Malaysia ke separuh akhir pertandingan. Pada perlawan separuh akhir yang juga dijalankan secara timbal balik, pasukan Malaysia berjaya menewas pasukan Vietnam di bukit Jalil dengan jaringan 2-0.. Pada kunjungan ke Vietnam, mereka berjaya menghalang pasukan Vietnam menjaringkan gol yang menyaksikan perlawana berakhir dengan kedudukan seri 0-0...
Pelbagai cerita dan kontroversi yang mewarnai perlawan akhir ni.. isu laser yang ditimbulkan oleh penyokong Indonesia, penggunaan kereta perisai untuk membawa pemain-pemain Malaysia masuk ke GBK kenyataan Julia Perez yang mahu menganggu kosentrasi pemain Malaysia..dah pelbagai lagi kata-kata cemuhan penyokong Indonesia sama ada dijalanan ataupun di laman twitter dan facebook... Namun itu semua tindak dapat menggugat keazaman, keinginan dan semangat jitu pemain-pemain pasukan Malaysia untuk terus menumpukan perhatian kepada perlawan malam tadi..Selepas pengadil perlawanan semalam meniupkan wisel penamat maka termaktublah bahawa KAMILAH JUARA....
Pic courtesy www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment